Majlis Pelancaran NILAM peringkat sekolah bagi sesi 2013 telah diadakan pada 3 Mac baru-baru ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKOH, En. Mat Latif Bin Ali. Majlis ini bertujuan untuk menghebahkan kepada murid sekolah akan aktiviti NILAM dan diharapkan pada tahun ini penyertaan murid sekolah meningkat.